Monday, January 24, 2011

The Sad Memories That I Never Had

Semua orang mesti da orang yg korang sayang selain mak dan ayah korang kan? Same jer mcm aku. Aku dilahirkan 21 Februari 1992 di Penang. Tyme 2 aku tinggal di Kulim oleh kerana mak dan ayah aku kerja di sana. Ayah aku sebagai manager maybank dan mak aku cikgu sekolah menengah. Of course diorang bz dengan kerja diorang kan tambahan pula tyme 2 aku tgh baby agy. Mak n Ayah aku cari pengasuh untuk menjaga aku tyme aku tgh merah lagi orang kata. Xtahu apa2 lagi. Aku menetap di Taman Seroja dan rumah pengasuh aku di Taman Anggerik. Yang menjaga aku 2 (mak angkat) bernama Azizah Binti Majid dan ayah angkat aku bernama Radzuan Bin Che Embee. Diorang dikurniakan 3 orang anak. Yang sulong Shamil, Azrina  and Asyiah. Diorang menjaga aku dari kecik sehingga aku besar. Aku memanggil diorang Mak n Abah. Aku anggap mak n abah macam ayah dan mak kandung aku. Aku sayang sangat pada diorang. Diorang yang tahu apa yang aku, sedih, gembira n etc semua diorang dapat detect.

Tapi aku nie buas. Biasa la tyme 2 xknal lagi mcm mana tyme roda berputar di bawah. Tyme aku kecik aku mengalami demam panas, jatuh basikal n etc. Bila doktor nak merawat aku meraung memanggil mak n abah. Tapi bukan mama dan ayah. Doktor sampai pelik. Mcm mana aku boleh meraung sebut nama mak dan ayah angkat aku bukan nama mama dan ayah kandung sediri. Aku nie tyme kecik sangat manja maklumlah anak bongsu. Xboleh xkena sikit confem menyebai. Tapi diorang sangat faham aku dan memujuk aku. Tyme birthday aku setiap tahun diorang akan wish dan memberi hadiah. Tyme kecik dapat hadiah confem la happy. Diorang suka tengok happy. Lagipun aku nie klu da kenal jenis lawak2 cket. Abah aku 2 seorang yang tegas dan garang. Tapi aku sahaja yang mampu bagi dia ketawa terbahak-bahak.Semua orang hairan kenapa la budak nie xtakut dengan Abah aku 2. Mak aku seorang yang penyayang n baek. Apa2 problem boleh cita sama diorang no hal. Cinta ka apa ka. Cita ja diorang akan dengar n mesti akan ckp Aiz nie macam2 (sambil gelak)

Abah aku nie xpenah masuk hospital tetapi sakit ka sihat ka ditentukan oleh Allah S.W.T. Tyme bulan puasa beberapa tahun lepas beliau diserang stroke. Tyme 2 aku tahu terus tergamam n ajak mama dan ayah balik kedah sebab nak jumpa dia. Aku risau dan takut kehilangan dia. Mujur selepas 2 dia kembali sembuh. Tetapi korang faham2 la klu stroke confem akan serang kembali klu tersalah sedikit. Tyme aku form 4 aku dapat sekolah di kulim dan aku stay dkt rumah diorang sbb xnk duk asrama. Sepanjang 2 tahun 2 aku lah penghiburkan dan penyeri rumah, Dengan lawak bodoh aku pekena orang sana sini. Hekhek. Abah aku sentiasa ketawa. Selepas kena stroke yang kedua dia punya sikat semua beralih dari tegas dan garang jadi suka ketawa, senyum n etc. Memang aku happy dengan semua 2. Tetapi aku dapat merasakan kehadirannya akn dijemput kembali tetapi masanya tidak tahu bila. 

Seminggu sebelum aku menduduki SPM dia sakit dan dibawa ke General Hospital Penang. Petang 2 aku pergi dengan menaiki moto semata-mata untuk pergi melihat keadaannya dan memohon maaf jika aku buat salah silap sebab aku nak amek SPM. Tyme 2 dia menggunakan mesin untuk hidup. Aku sebak melihat keadaannya. Tetapi mama dan ayah xbagi aku nangis depan orang sakit., Sebaik aku keluar dari hospital aku terus menangis teresak-esak dalam perjalanan pulang ke Kulim. Aku tidak tentu arah dan aku hanya mampu berdoa dia sembuh. Pada pagi hari pertama aku menjawab SPM dia bercakap dengan mak aku ` Hari nie Ayiz jawab exam Bahasa Melayu kan? Awat mak xbalek untuk masak kat Ayiz? Nanti dia nak makan apa?' Mak angkat aku menjawab ` Dia tengah jawab periksa nie. Lagipun mama dia ada untuk masak dia makan. Abah rehat la' Sebaik sahaja selepas tanya nafas dia terus kencang dan stroke kembali. Kali nie ketiga. Pada keesokkan harinya selepas jawab SPM paper yang pagi 2 aku pulang ke rumah untuk rehat dan continue petang 2 sejarah 2. Sampai aku dirumah aku melihat orang ramai di rumah. Aku terasa terkejut dalam ingatanku nie mesti kenduri selamat sebab Abah sembuh. Samapi di pintu depan rumah keadaan menjadi suram terdengar bacaan Yassin. Aku menjadi lemah dan xmampu nak ungkap sepatah pun. Mak lalu datang kearahku dan memelukku.

Mak cakap ` Ayiz mak minta maaf. Mak xcerita benda yang sebenarnya pada Ayiz bila Ayiz telefon malam tadi. Sebenarnya mak xmahu Ayiz risau sebab sekarang Ayiz tengah SPM' Aku menjadi sebak dan lemah. Kak Asyiah dan Kak Ina dan Abg Shamil ada di dalam rumah. Menangis teresak-esak. Aku tabahkan diriku tetapi tidak berdaya. Perasaan sedih 2 mengusai diriku. Aku menangis teresak2. Abah dalam keadaan koma. Aku hanya mampu mengajar dia mengucap n etc. Air mataku jatuh ke bumi. Hatiku hancur dan semangatku lumpuh. Aku xsanggup kehilangannya di saat ini. bibirku sudah pucat kerana nak pitam. Makan x apa pun x. Sedih teringat keadannya yang nazak. Aku sayangkan dia. Mama cakap ` Adik pergi solat dan baca Yassin. dan adik kena pergi jawab SPM'. Aku xnak pergi. Aku nak bersamanya sehingga nafasnya yang terakhir. Aku sayangkan dia Ya Allah. Aku terpaksa pergi menjawab peperiksaan Sejarah 2 dengan kesedihan membuak2 dalam diri. Tyme tengah jawab langsung xboleh nak concentrate apa yang tgh jawab. Yang aku pk lepas jawab terus balek rumah melihat Abah.

Selepas jawab xam Ayahku tiba ke Kulim. Mama dan Ayah mengambilku di sekolah keranan aku tidak mampu membawa moto keadaan terlalu lemah. Sampainya di rumah aku mendapat tahu yang abah aku telah meninggal dunia. Aku sedih dan kecewa tidak dapat bersamanya. Selama tiga hari aku menangis apabila teringat akannya. Sehinggalah hari ini. Aku masih teringat akannya. Aku mahu dia ada di sampingku ketika aku berjaya kelak. Mereka yang mengajar erti hidup hargai orang dan sebagainya dalam diriku. Dialah ayah angkat yang paling baek dan penyayang di dalam dunia ini selain mama dan ayah kandung aku sendiri.

Al Fatihah kepadanya.

From left Mak, Kak Ina, Kak Ecah dan Abah
From left Kak Ina n Kak Ecah
From Left Mak n Abg Shamil

No comments:

Post a Comment